Thursday, 7 November 2013

Cikguuuuu.....saya tak nak main lagiiiii

Pengalaman pertama terlibat dalam pertandingan bola jaring adalah ketika saya di darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Telok Kepayang, Bota Kiri, Perak pada tahun 1966. Ehem.. boleh le congak-congak berapa umur saya sekarang kan?

Oleh kerana kami tak pernah berlawan, maka tentulah takut.  Pak sedara saya pun jampikan sirih yang dah dicalit kapur dan dibubuh pinang,... untuk hilangkan darah gemuruh, katanya.  Dengan penuh kepercayaan saya pun makanlah...takda masalah pada budak-budak kampung zaman dulu sebab dah biasa tumpang makan sirih opah, terutamanya yang digobek.

Kami bertanding dengan SK Seri Kaya (jiran kampung) bertempat di padang SK Bota Kiri.  Pasukan sekolah saya pakai seluar panjang warna merah dan baju putih blouse sekolah kalau tak silap. Ketika itu mana ada t-shirt.  Oh ya, zaman dulu ada had tinggi untuk pemain. Kesiannn kawan saya bernama Mahyah Zambri....terlebih tinggi, maka tak dapat le dia bermain.  Rugi pasukan kami kerana dia pemain yang bagus.

Permainan separuh masa pertama berjalan dengan lancar.  Cikgu Danial letak saya jadi assistant shooter (sekarang Goal Attack) sebab saya pandai shoot dan lincah. Masa rehat......alamakkk, tiba-tiba je perut memulas, bulu roma dah tegak-tegak. Cikgu Danial sedang sibuk mengatur strategi untuk permainan separuh masa kedua.  Seorang pemain dikeluarkan dan diganti dengan pemain lain. Dalam keadaan resah gelisah dan berpusing-pusing, terpacul dari mulut saya..... "cikguuu,... saya tak nak main lagiii".  Dengan pantas dan muka marah cikgu Danial menjawab, "tak boleh, kamu  mesti main".  Eeeeei macam mana niiii.... dah tak tahan, nak terkeluar sangat dah ni.  Saya nekad berlari selaju-lajunya ke arah bangunan sekolah di seberang jalan raya.  Nasib baiklah senang je jumpa jamban.  Fuhh legaaa. Selepas tu saya berlari semula ke padang.

Tuesday, 5 November 2013

TIRU MACAM SAYA

Tengah hari 5 November 2013 sempena cuti Maal Hijrah, secara kebetulan saya menonton rancangan mempromosikan satu produk herba untuk melangsingkan badan.  Saya tidaklah tertarik sangat kerana badan saya kalau pun tidak langsing macam model tapi orang selalu kata saya slim, pakai fesyen apa pun cantik. Mereka pun mulalah tanya pakai petua apa, makan apa dan macam-macam lagi.

Oh ya, lagi satu perkara yang sering saya dengar dalam beberapa komen puji-pujian terhadap wanita-wanita langsing atau ala-ala langsing di televisyen, "tengoklah dia, dah ada anak dua pun masih langsing".  Eleh, baru anak dua, saya anak tujuh pun tetap langsing bebbb.

Ada sesiapa nak tahu bagaimana saya kekal langsing?  Tunggu kehadiran buku saya tidak lama lagi.

Sunday, 3 November 2013

KEINDAHAN ITU KEGEMBIRAAN SAYA

Pada petang 2 Nov 2013 saya rasa begitu tertekan.  Tidak habis-habis dengan rutin biasa... lagi-lagi kerja sekolah, tak habis di sekolah bawa balik ke rumah.  Urusan rumah pula tak pernah selesai.....tidak pernah sempurna seperti yang diimpikan, baik di dalam rumah mau pun di luar rumah.

Pada jam 3.30 petang, berbekalkan sepasang gunting pokok, dengan penuh semangat saya pun melangkah menuju ke tumbuhan hiasan yang dah lama tak dilayan. Antara aktiviti keceriaan laman yang dilakukan ialah trim pokok ara, cantas dahan palma yang dah kuning,  cantas anak pokok palma yang tak diperlukan dan cabut rumput dengan lalang yang tumbuh subur dicelah-celah pokok bunga.

Fasa kedua pengindahan laman melibatkan penyusunan semula pasu-pasu bunga... setakat mana yang boleh diangkat le, bukan banyak pun. Waaaau...., bila dah tersusun, sejuuuuk mata melihatnya dan berbunga hati walaupun tumbuhan yang disusun itu hanya berdaun hijau.

 Akhir sekali sampailah masanya proses mencuci lantai yang semak dengan batang-batang buluh kering, sangkar kucing, sangkar hamster, dapur bar-b-q dan macam-macam harta karun lagi. Setelah di susun sekadar yang terdaya, maka lantai pun disapu, dipancut air, ditolak sampah daun-daun kering bercampur tanah. Huh..berpeluh, kain batik lenjun sekerat.

Jam 5.30 petang kerja perkebunan dan pembersihan pun tamat. Penat tapi hati puas....kerana keindahan itu menggembirakan hati saya, memberi ketenangan yang tidak terucapkan.

Friday, 1 November 2013

.....sambungan cerita saya 31 Okt 2013

Jam 3.00 petang saya ke klinik kerajaan, dekat je.... depan rumah.  Sampai di kaunter pendaftaran, dia tanya.."temujanji.... semalam kan, kenapa datang hari ni? nanti lama le tunggu ye".  Alaaaa,  datang hari temujanji pun lama juga menunggu.  Saya dah siap set dalam kepala ni untuk menunggu 2 jam. 

Prosedur pertama setelah daftar ialah ambil tekanan darah. Saya masih tercungap-cungap setelah berjalan dengan pantas terus je diambil tekanan darah, tentulah tingga bacaannya .... 123/68.  Apalah misi ni.  Kemudian saya pun duduk tunggu nombor naik sambil baca surat khabar.  Kejap je dah nak melentuk tapi tak ada tempat menyandar.  Lebih kurang setengah jam, nombor saya pun naik.  Saya tengok berkali-kali takut silap, tak percaya.... cepat sangat.

Dalam bilik rawatan, belum sempat duduk saya tanya doktor, "apa pasal hari ni cepat sangat?. Dulu saya tunggu lebih 2 jam sampai nak nagis-nangis kat luar tu". Dengan senyum mesra doktor jawab, "hari ni tak ramai orang sebab hujan ribut nak turun kot, tengok langit kat luar tu...gelap".

Thursday, 31 October 2013

Hari ini Khamis (31 Okt 2013) saya ambil cuti sebab nak pergi seminar kononnya tapi tak jadi. Maka itu saya ambil kesempatan selesaikan beberapa urusan peribadi.  Selepas subuh saya duduk menanda kertas jawapan peperiksaan Sains.  Seketika kemudian teringat nak tengok pokok-pokok bunga di luar rumah yang selalu terbiar.  Dapatlah semai lapan pasu.  Ketika bangun dari mencangkung saya rasa pening, beberapa kali begitu.  Agaknya low blood pressure datang lagi. 

Pukul 9.30 pagi saya bersiap-siap untuk ke Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) bersama suami bagi menghantar wang sumbangan membiayai pasukan robotik anak saya ke pertandingan "World Robotic Olympiad" di Jakarta pada 14-18 Nov 2013. Oh ya, terima kasih kepada para penyumbang.  Moga dimurahkan rezeki supaya dapat terus bersedekah, besar pahalanya.

Bila tiba di SAS, suasana lengang. Rupa-rupanya semua warga sekolah berada di dewan meraikan Hari Kokurikulum.  Lantas kami pun dijemput masuk ke dewan. Langkah saya hari ini rupa-rupanya sangat diberkati Allah.  Tanpa diundang, tidak dirancang, saya dapat menyaksikan persembahan tarian tradisional kontemporari anak saya, gerak tari yang lincah, cantik dan bertenaga.  Seronok, bangga dan syukur tidak terkira.  Selepas tamat majlis, saya dan suami dijemput pula menjamu selera... rezeki, Alhamdulillah.

Bersambung ...




Wednesday, 30 October 2013

DETIK MULA-MULA BERMAIN NETBALL

Bangun tidur jam 5.00 petang tadi, tiba-tiba teringat kisah ketika berada di darjah 6 pada tahun 1966 di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri, Perak.   Tahun itulah permainan netball mula diperkenalkan oleh cikgu Danial, seorang guru lelaki.  Guru-guru ketika itu semuanya lelaki. Boleh dikira dengan jari bilangan guru perempuan di Malaysia pada zaman itu. Cikgu Danial mengajar kami bermain dengan bersungguh-sungguh serta penuh disiplin, contohnya pemain sebelah kiri tidak boleh pergi ke sebelah kanan gelanggang dan begitulah sebaliknya.