KEINDAHAN ITU KEGEMBIRAAN SAYA
Pada petang 2 Nov 2013 saya rasa begitu tertekan. Tidak habis-habis dengan rutin biasa... lagi-lagi kerja sekolah, tak habis di sekolah bawa balik ke rumah. Urusan rumah pula tak pernah selesai.....tidak pernah sempurna seperti yang diimpikan, baik di dalam rumah mau pun di luar rumah.
Pada jam 3.30 petang, berbekalkan sepasang gunting pokok, dengan penuh semangat saya pun melangkah menuju ke tumbuhan hiasan yang dah lama tak dilayan. Antara aktiviti keceriaan laman yang dilakukan ialah trim pokok ara, cantas dahan palma yang dah kuning, cantas anak pokok palma yang tak diperlukan dan cabut rumput dengan lalang yang tumbuh subur dicelah-celah pokok bunga.
Fasa kedua pengindahan laman melibatkan penyusunan semula pasu-pasu bunga... setakat mana yang boleh diangkat le, bukan banyak pun. Waaaau...., bila dah tersusun, sejuuuuk mata melihatnya dan berbunga hati walaupun tumbuhan yang disusun itu hanya berdaun hijau.
Akhir sekali sampailah masanya proses mencuci lantai yang semak dengan batang-batang buluh kering, sangkar kucing, sangkar hamster, dapur bar-b-q dan macam-macam harta karun lagi. Setelah di susun sekadar yang terdaya, maka lantai pun disapu, dipancut air, ditolak sampah daun-daun kering bercampur tanah. Huh..berpeluh, kain batik lenjun sekerat.
Jam 5.30 petang kerja perkebunan dan pembersihan pun tamat. Penat tapi hati puas....kerana keindahan itu menggembirakan hati saya, memberi ketenangan yang tidak terucapkan.
No comments:
Post a Comment